Bagaimanakah caranya untuk menukar daripada pelan perkhidmatan perniagaan kepada kediaman?
Bolehkah saya mempunyai dua Starlink pada langganan yang sama?
Mengapakah saya tidak boleh membatalkan pesanan saya?
Saya telah membeli satu Starlink tetapi menyedari bahawa saya mahukan yang lain, bolehkah saya menghentikan pesanan pertama dan membuat pesanan baharu?
Saya perlu membatalkan pesanan saya.
Bagaimanakah caranya untuk menambah Starlink tambahan kepada akaun saya?
Saya tidak dapat mengemas kini alamat saya.
Mengapakah perkhidmatan saya disekat?
Bagaimanakah caranya melindungi keselamatan rangkaian saya?
Bagaimanakah caranya menetapkan semula penghala saya tanpa aplikasi?
Jika anda menggunakan pelan perkhidmatan Perniagaan atau menggunakan akaun Perniagaan dan ingin menukar kepada pelan perkhidmatan Kediaman, anda perlu memindahkan peranti anda dan mencipta akaun Kediaman baharu dengan mengaktifkan peranti tersebut dengan akaun baharu melalui https://www.starlink.com/activate.
Dalam kebanyakan kes, satu talian perkhidmatan adalah untuk satu langganan, satu alamat perkhidmatan dan satu terminal. Ini bermakna kebanyakan pelanggan tidak boleh mempunyai dua Starlink pada langganan yang sama. Harap maklum, anda masih dapat tambah Starlink tambahan pada akaun anda.
Anda hanya boleh membatalkan pesanan anda jika pesanan anda belum dibungkus untuk penghantaran lagi. Jika anda tidak dapat membatalkan pesanan anda, anda boleh cuba menghubungi pembawa penghantaran yang disenaraikan dalam maklumat penjejakan anda selepas ia dihantar. Jika tidak, anda perlu menunggu dan memulangkan barangan selepas ia dihantar.
Jika pesanan anda belum dibungkus, anda mungkin boleh membatalkannya. Jika anda tidak dapat membatalkannya, anda perlu menunggu pesanan anda dihantar dan pada masa itu anda akan dapat memulangkannya. Sementara itu, anda boleh membuat pesanan untuk peranti yang anda inginkan atau jika anda mahu, menunggu sehingga selepas pemulangan anda diproses.
Anda hanya boleh membatalkan pesanan jika pesanan anda belum dibungkus untuk penghantaran lagi. Jika anda tidak dapat membatalkan pesanan anda, anda boleh cuba menghubungi pembawa penghantaran yang disenaraikan dalam maklumat penjejakan anda selepas ia dihantar. Jika tidak, anda perlu menunggu dan memulangkan barangan selepas ia dihantar.
Jika anda mempunyai Starlink tambahan yang anda ingin tambahkan kepada akaun sedia ada, anda aktifkan Starlink tersebut melalui https://www.starlink.com/activate dan pilih "Akaun Sedia Ada".
Jika anda cuba mengemas kini alamat perkhidmatan anda dan tidak dapat melakukannya, ini mungkin kerana kawasan itu telah mencapai kapasiti penuh pada masa ini. Anda boleh mengesahkan jika sesuatu kawasan mencapai kapasiti penuh dengan menggunakan peta.
Jika kawasan anda telah mencapai kapasiti penuh, anda boleh membayar deposit untuk menempah tempat anda dalam senarai menunggu dan menerima pemberitahuan sebaik sahaja perkhidmatan tersedia semula. Harap maklum bahawa kami tidak dapat menyediakan anggaran tempoh masa untuk ketersediaan perkhidmatan, tetapi pasukan kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperluaskan liputan.
Jika anda menggunakan pelan perkhidmatan Perayauan 50GB, 20GB atau 5GB dan tidak melanggan data tambahan, perkhidmatan anda akan dihadkan sebaik sahaja anda mencapai had data anda untuk tempoh perkhidmatan semasa anda.
Anda boleh menukar nama dan kata laluan WiFi anda melalui akaun Starlink anda di laman web atau di aplikasi.
Untuk keselamatan, selepas kata laluan anda ditetapkan, ia tidak akan ditunjukkan lagi. Jika anda terlupa kata laluan WiFi anda, lakukan tetapan semula kilang pada penghala Starlink anda untuk memberikan nama dan kata laluan jaringan WiFi baharu.
Anda disyorkan untuk mengikuti langkah-langkah menetapkan semula penghala anda melalui aplikasi. Tetapi jika anda tidak mempunyai aplikasi atau tidak dapat bersambung ke penghala anda, maka anda boleh mengikuti panduan untuk menetapkan semula penghala anda di sini.
Tidak jumpa apa yang anda cari? Hubungi Sokongan.
Bagaimanakah caranya untuk menukar daripada pelan perkhidmatan perniagaan kepada kediaman?
Bolehkah saya mempunyai dua Starlink pada langganan yang sama?
Mengapakah saya tidak boleh membatalkan pesanan saya?
Saya telah membeli satu Starlink tetapi menyedari bahawa saya mahukan yang lain, bolehkah saya menghentikan pesanan pertama dan membuat pesanan baharu?
Saya perlu membatalkan pesanan saya.
Bagaimanakah caranya untuk menambah Starlink tambahan kepada akaun saya?
Saya tidak dapat mengemas kini alamat saya.
Mengapakah perkhidmatan saya disekat?
Bagaimanakah caranya melindungi keselamatan rangkaian saya?
Bagaimanakah caranya menetapkan semula penghala saya tanpa aplikasi?