** Alat Berguna **
1. Untuk bermula, cari pemandangan langit yang bebas halangan
Kedudukan Starlink anda harus bebas halangan dan mengarah langsung ke langit agar dapat tetap terhubung dengan satelit selaras dengan pergerakannya di atas. Objek yang menghalang sambungan antara Starlink anda dengan satelit seperti ranting pokok, tiang atau bumbung akan menyebabkan gangguan perkhidmatan. Untuk mencari lokasi dengan pemandangan langit bebas halangan, sila lakukan langkah-langkah berikut:
a. Muat turun aplikasi Starlink.
b. Gunakan alat "Periksa Halangan" untuk mencari lokasi pemasangan yang akan memberikan perkhidmatan terbaik.
c. Untuk hasil terbaik, Starlink perlu dipasang hampir menegak.Jika anda
tidak dapat mencari medan pandangan yang bebas halangan dari aras bumi, pertimbangkan untuk memasang di lokasi tinggi seperti bumbung, tiang atau dinding. Lekapan dan aksesori tambahan tersedia untuk dibeli di Kedai Starlink.
2. Pasang dan Hidupkan Starlink
a. Palamkan Starlink dan letakkan di tapak (atau di lekapan pilihan anda)
b. Starlink akan melaraskan dirinya secara automatik untuk mencari satelit di atas. JANGAN cuba melaraskan Starlink anda secara manual.
c. Selepas beberapa minit, Starlink akan membuat sambungan awal kepada buruj Starlink dan condong ke sudut yang optimum untuk liputan satelit (sedikit ke utara atau ke selatan berdasarkan lokasi anda di hemisfera utara atau selatan).
3. Bersambung ke Internet
a. Sambung ke rangkaian STARLINK daripada tetapan WiFi peranti anda.
b. Untuk menjamin jaringan WiFi Starlink anda, gunakan Aplikasi Starlink untuk menamakan semula jaringan WiFi Starlink anda dan mencipta kata laluan WiFi. Buka Aplikasi Starlink > Tetapan > Penghala > masukkan nama dan kata laluan rangkaian WiFi yang diingini > Simpan.
c. Anda kini telah bersambung! Untuk menyesuaikan tetapan tambahan, memeriksa sambungan anda dan banyak lagi, sila layari Aplikasi Starlink.
Tidak boleh masuk dalam talian? Lihat topik yang disyorkan di bawah untuk panduan tambahan.
** Topik yang Disyorkan:**
Bagaimanakah cara memasang Starlink?
Saya tidak boleh masuk dalam talian semasa pemasangan awal.
Di manakah sepatutnya saya pasang Starlink saya?
Tidak jumpa apa yang anda cari? Hubungi Sokongan.